 |
|
Pengenalan
|
Carta Organisasi
|
Butiran Perhubungan
Estet
Bukit Keramat

Estet Bukit Keramat terletak di Kemayan, Pahang Darul Makmur .
Keluasan estet tersebut adalah sebanyak 1,235 ekar. Estet tersebut
telah ditanam dengan tanaman Kelapa Sawit. Dahulunya estet ini di
uruskan oleh anak syarikat
Persatuan Kebangsaan
Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia ( PKPKM ) iaitu PK Agricultural
Services Sdn. Bhd. Mulai tahun 2003 Koperasi telah mengambil
keputusan untuk menguruskan sendiri estet ini untuk mengurangkan kos
pengurusan yang perlu di tampung. Tindakan ini juga untuk
meningkatkan lagi produktiviti dan juga hasil yang mampu diperolehi
dari tanaman kelapa sawit tersebut. Seluruh pekerja PK Agricultural
Services Sdn. Bhd telah di serap masuk ke dalam Koperasi untuk
memastikan kesinambungan pengurusan estet ini. Dengan penyerapan
pekerja ini akan memastikan Koperasi dapat meningkatkan lagi
pendapatannya serta dapat menjana pulangan yang lebih tinggi kepada
ahli-ahlinya dengan bayaran dividen.
Selain dengan aktiviti utama iaitu tanaman kelapa sawit, estet ini
juga telah mengembangkan lagi aktivitinya dengan projek ternakan
lembu. Lembu-lembu di ternak di dalam estet dan kebiasaannya akan
dijual untuk acara perayaan yang besar di Malaysia ini seperti Hari
Raya Korban dan Hari Raya Puasa. Untuk keterangan lebih lanjut
berkaitan ternakan lembu ini anda boleh merujuk di pautan yang
berkaitan di laman web ini di atas.
Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bekalan lembu korban
bolehlah berhubung dengan pegawai kami seperti yang diiklankan untuk
membuat tempahan dan pembeli pukal adalah amat dialu-alukan. |
|