Misi Kami
Memberi pulangan yang maksima kepada ahli Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad dari hasil ladang dan aset di bawah urus tadbirnya secara cekap, beretika dan profesional.

Visi Kami
Menjadi sebuah Koperasi yang unggul di dalam sektor perladangan dan aktiviti hiliran yang berkaitan perladangan.
...............................................................................................................................................................   ......................................................................................
  Didaftarkan pada 7hb Januari, 1970 di bawah Akta Koperasi dengan No. Pendaftaran 4518 / 7.1.70 dengan nama Sharikat Kerjasama Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad. Mulai 20hb Mac, 1982 pertukaran nama telah dilakukan menjadi Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad.

Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad mempunyai dua buah ladang sawit, iaitu :-

  1. Ladang Sungai Ambat, Mersing, Johor dengan keluasan 4,857 ekar.
  2. Ladang Bukit Keramat, Bahau, Negeri Sembilan dengan keluasan 1,235 ekar.

Mulai tahun 2002 Anggota Lembaga Koperasi telah membuat keputusan hanya akan melaksanakan aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan pertanian dan perladangan sahaja. Aktiviti-aktiviti perniagaan yang dilaksanakan pada masa sekarang ialah :-

  1. Operasi ladang milik sendiri.
  2. Kontrak pembangunan dan pengurusan ladang milik pihak ketiga.
  3. Tapak semaian sawit.
  4. Perniagaan Input Pertanian dan peralatan ladang.
  5. Ternakan lembu secara integrasi.
  6. Kontrak membeli buah sawit.
  7. Hartanah.

Setakat ini Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil telah mendapat beberapa anugerah dan pengiktirafan iaitu :-

  1. Anugerah Khas Aktiviti Perladangan - Hari Koperasi Negara 2006
  2. Anugerah Khas Aktiviti Perladangan - Hari Koperasi Negara 2007 Peringkat W. Persekutuan
  3. Tempat Ke-15 (Kluster Besar) Senarai 100 Koperasi Terbaik 2010
  4. Tempat Ke-19 (Kluster Besar) Senarai 100 Koperasi Terbaik 2012
 

 

Pemenang Anugerah Khas Aktiviti Perladangan, Hari Koperasi Negara 2006

© 2013 Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad. Hak Cipta Terpelihara.